Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 60)

Dubai (II...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 60)

Dubai (II)

Saya mendapat tawaran pertama dari sebuah bank di Dubai menjadi penasihat Syariah. Dubai Bank. (Sekarang ini telah dimiliki bank lain yang lebih besar & saya tidak lagi menjadi penasihat bank ini yang telah ditelan bank lain).

Pengalaman ini paling menarik. Ia merupakan bank pertama di Dubai saya diberi penghormatan untuk berada dalam badan penasihat Syariah. Apa sahaja yang pertama memang menarik. Teringat skrip dalam novel & filem Martian lakunan Matt Damon yang ditinggalkan kawan2nya di planet Marikh berkeseorangan tanpa makanan cukup, "Wherever I go, I will be the first".

Kedua, ahli badan Syariah ini terdiri dari Sheikh Taqi Uthmani, Almarhum Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah, Dr Elgari dan Sheikh Nizam Yaaqubi. Mereka adalah guru & ikon kewangan Islam. Dalam ilmu ada adab. Dalam personaliti ada percikan ilmu samada bercakap atau diam.

Ketiga, bank ini beribu pejabat di World Trade Centre, Dubai. Ini bangunan ikon di Dubai sebelum adanya Burj Khalifah (seperti dalam foto hiasan). Ramai tokoh2 di Dubai beribu pejabat di sini & dan juga di Emirates Tower.

Keempat, ia memberi peluang bagi saya mengenali & dikenali komuniti kewangan Dubai & UAE secara umumnya.

Penerbangan saya ke Dubai semakin kerap. Saya sudah pandai menjadikan Dubai tempat transit saya kepada semua destinasi di dunia. Istanbul. Kaherah. London. Munich. Bahrain. Doha. Jeddah. Saya sudah minat Emirates Airlines. Kebergantungan saya kepada Gulf Air, Singapore Airlines, MAS & Qatar Airways sudah berkurangan.

Kenapa Emirates Airlines best sangat? Connectivity. Jalinan connectivitinya mungkin yang terbaik di Dubai. Semua pilihan destinasinya menjadi. Anda boleh terbang ke mana sahaja di dunia melalui Emirates Airlines. Kerap pula penerbangan setiap hari atau minggu..

Beberapa syarikat penerbangan di rantau hanya tiru apa yang Emirates Airline buat dari segi destinasi baru & masa penerbangan. Dalam kehidupan, kadang2 kita tidak perlu buang masa & wang nak fikir nak buat yang terbaik. Tiru sahaja cara orang & negara lain yang sudah berjaya.

Saya amat suka perhati & tiru cara fikir & cara kerja orang yang sudah berjaya.

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts